Di Malaysia kami sudah biasa melihat dan mencuba sendiri pelbagai produk teknologi melampau. Minggu ini Lenovo Legion 9i (18”, 10) dilancarkan ketika acara Tech World Shanghai 2025, dengan ia mungkin komputer riba paling melampau pernah dihasilkan.

Lenovo Legion 9i (18”, 10) dilengkapi skrin 18″ PureSight dengan sokongan 4K 240Hz secara 2D atau 2K secara 3D. Teknologi penjejakan mata dan skrin lentikular membolehkan kandungan 3D dilihat pengguna tanpa memaki cermin mata khas. Dengan skrin 3D, pengkarya boleh melihat objek 3D yang sedang dihasilkan seperti ia benar-benar di depan mata.

Skrin menarik ini dipadankan dengan cip Intel Core Ultra 9 275HX, GPU NVIDIA GeForce RTX 5090 24 GB GDDR7, memori sehingga 192GB DDR5, storan sehingga 8TB SSD dan bateri 99.99WHr. Dengan spesifikasi melampau, sumber kuasa 400W diperlukan.
Tubuh diperbuat daripada logam manakala bahagian pula dengan bahan gentian karbon kelas aeroangkasa yang dikatakan lebih tahan lasak berbanding aluminium. Kamera web hanya sebesar 5MP dan sistem audio mengandungi 6 speaker dengan Nahimic Audio. Perisian Lenovo Legion Space membolehkan lampu RGB diselarikan dengan audio pada skrin.
Lenovo Legion 9i (18”, 10) akan mula dijual pada Jun 2025 pada harga bermula 4499 EUR (~RM 21,761) sebuah.