Canalys kini telah mengeluarkan data terbaru untuk jualan telefon pintar pada suku pertama 2025 di Malaysia. Melalui data yang diperlihatkan, Xiaomi menduduki tangga pertama di Malaysia dengan pegangan pasaran sebanyak 18%.

Menduduki tangga kedua adalah Samsung dengan pegangan pasaran sebanyak 17%. Vivo pula pada kedudukan ketiga dengan pegangan pasaran sebanyak 13%. Honor dilihat mengekalkan kedudukan di tangga ke empat dengan 11%, sementara Oppo di tangga kelima dengan 10% pegangan pasaran.
Secara keseluruhan, lima jenama ini mempunyai pegangan pasaran sebanyak 69% di Malaysia, dan bakinya oleh jenama-jenama lain.