Mexico telah menyaman Google kerana mengubah nama Teluk Mexico menjadi Teluk Amerika di dalam Google Maps menurut laporan BBC. Nama teluk diubah oleh Presiden Trump pada Januari lalu dan Google turut mengubah paparan nama di Google Maps untuk pengguna di Amerika Syarikat. Di negara lain kawasan yang sama dilabel sebagai Teluk Mexico dengan nama Teluk Amerika diletakkan dalam kurungan.

Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum telah meminta Google mengembalikan semula nama asal sejak Januari tetapi Google mengatakan mereka mengubah nama sesuatu tempat mengikut dokumen yang diakui sesebuah negara. Minggu ini kongres Amerika Syarikat bersetuju menggunakan nama Teluk Amerika.
Minggu ini Presiden Trump mencadangkan Teluk Parsi pula diubah nama ke Teluk Arab sebelum melakukan lawatan rasmi ke Arab Saudi