PlayStation Store sebelum ini telah pun menambah sokongan pembayaran menggunakan ShopeePay, sekaligus memudahkan lagi pengguna tempatan dalam membeli permainan yang mereka gemarkan untuk PlayStation 5. Tidak setakat itu, terbaru PlayStation Store turut menambah sokongan untuk membeli permainan PlayStation 5 menggunakan Apple Pay.
Dengan langkah ini, ketika anda ingin membuat pembayaran di PlayStation Store, anda boleh memilih tetapan Apple Pay, dan seterusnya membuat imbasan kod QR menggunakan iPhone. Ini sekaligus memudahkan lagi sekiranya anda sedia melakukan pelbagai transaksi untuk kandungan digital menggunakan Apple Pay.
Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan dijangka ditawarkan untuk semua pengguna PlayStation 5 dalam masa terdekat ini.