Bekerja sebagai penjawat awam banyak faedahnya. Bergantung kepada tahap dan gred jawatan anda, lebih banyak faedah, kemudahan, mahupun akses yang anda nikmati seiring tanggungjawab anda dalam mendukung agenda negara. Hari ini Astro mengumumkan pelancaran pek istimewa yang ditawarkan khas untuk lebih 1.6 juta penjawat awam seluruh Malaysia, termasuklah kepada warga pesara penjawat awam.

Saluran Kanak-Kanak Percuma Dengan Mana-Mana Pek Entertainment Atau Pek Sports
Menerusi tawaran eksklusif ini yang dinamakan Pakej Tawaran Eksklusif Untuk Penjawat Awam, penjawat awam boleh mendapatkan Pek Entertainment Astro One dan Pek Sports Astro One pada kadar lebih rendah. Penjawat awam dapat melanggan Pek Entertainment Astro One pada harga RM 39.99 berbanding harga asal RM 49.99 manakala Pek Sports Astro One ditawarkan pada harga RM 69.99 berbanding harga asal RM 99.99. Lebih menarik lagi, untuk kedua-dua pek ini turut disertakan dengan saluran Kids (untuk kanak-kanak) secara percuma berbanding harga asalnya RM 9.99. Ini semestinya memberikan lebih nilai kepada ibu bapa bagi memberikan saluran seperti Cartoon Network, Nickelodeon, CBeebies dan banyak lagi. Tawaran serta diskaun ini akan diberikan untuk langganan selama 24 bulan.
Menerusi Pek Entertainment Astro One, pengguna dapat menonton pelbagai rancangan hiburan yang popular termasuklah rancangan yang dihasilkan Astro sendiri, manakala menerusi Pek Sports Astro One, pelanggan akan mendapat akses sukan berprestij seperti Formula 1, MotoGP, Liga Malaysia dan banyak lagi. Ditambah pula dengan saluran Kids, ia pastinya memberikan banyak penjimatan hebat, tanpa kompromi untuk rancangan terhebat dari Astro.

Jadi bagi penjawat awam, anda boleh mendaftar pek ini bermula hari ini menerusi halaman yang disediakan, atau menghantarkan mesej WhatsAapp untuk khidmat sokongan Astro di +60395433838. Perlu dimaklumkan yang mana anda perlu menyediakan bukti yang anda merupakan penjawat awam atau warga pesara penjawat awam bagi melayakkan anda mendapatkan promosi ini.
- Daftar: Astro One Untuk Penjawat Awam