Microsoft Membuang 3% Pekerja Dalam Usaha Mengurangkan Lapisan Pengurusan
Aman
Microsoft hari ini mengumumkan mereka akan mengurangkan seramai 3% tenaga kerja mereka di seluruh dunia, meliputi pelbagai tahap dan bahagian operasi. Perubahan ini dikatakan dalam memastikan syarikat terus dalam posisi yang baik, selain pada masa yang sama mengurangkan lapisan pengurusan dalam syarikat tersebut.
Pelbagai syarikat teknologi sedia melaksanakan perkara sama, membolehkan syarikat beroperasi lebih pantas tanpa melalui karenah pengurusan yang mengambil masa lama. Disamping itu, ia tidak diketahui adakah implementasi kecerdasan buatan turut menyumbang kepada pengurangan pekerja ini.
Sebelum ini juga, Microsoft telah mengurangkan sejumlah kecil pekerja, mengatakan mereka membuang pekerja yang kurang berprestasi tinggi dalam syarikat.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.