Manus AI Kini Boleh Diakses Semua – Perkhidmatan Agen AI, Melaksanakan Tugasan Lebih Kompleks
Aman
Manus AI merupakan salah satu perkhidmatan yang diperkatakan ramai, disebabkan oleh penawaran memfokuskan kepada kecerdasan buatan, dan keupayaannya dalam penawaran agen AI – iaitu AI yang dioptimasikan untuk sesuatu tugasan khusus. Selepas ditawarkan melalui jemputan sahaja sebelum ini, hari ini Manus AI membuka perkhidmatan mereka kepada semua, membolehkan semua mendaftar dan menggunakannya.

Manus AI kini membuka akses kepada semua, selepas baru-baru ini menerima suntikan dana pelaburan, sekaligus membolehkan mereka menampung pelbagai kos berkaitan. Semua pengguna akan diberikan kredit penggunaan sebanyak 1000 apabila mendaftar, dan penambahan 300 kredit setiap hari. Disamping itu, ia turut menawarkan pelan berbayar bermula $39 sebulan.
Manus AI memposisikan penawaran mereka membolehkan pelaksanaan tugasan yang lebih kompleks berbanding penyedia lain. Antara contoh tugasan yang boleh dilakukan oleh Manus AI adalah termasuk membangunkan dokumen kajian dan rumusan, melakukan analisa data, menjana pelan perniagaan, membangunkan web, dan sebagainya.
Bagi anda yang berminat, boleh mencuba perkhidmatan Manus AI ini hari ini secara percuma, dan menggunakannya dalam melakukan beberapa tugasan kompleks.