Golongan muda hari ini sentiasa aktif untuk belajar perkara baharu sama ada untuk membina kerja, atau menyesuaikan diri dengan cabaran dunia kerja. Mereka memerlukan peranti yang bukan sahaja boleh memenuhi keperluan produktiviti malahan juga hiburan tanpa gangguan.
Dengan cabaran dunia kerja yang semakin meningkat serta hiburan yang boleh dinikmati di mana-mana sahaja, OPPO Pad SE tampil sebagai pilihan yang ideal. Dilengkapi dengan bateri berkapasiti 9,340mAh, ia memastikan pengguna kekal produktif sambil menikmati hiburan sepanjang hari. Kapasiti baterinya yang besar turut menjadikan tablet ini antara pilihan menarik dalam kalangan pesaing dalam segmen harga yang sama.
Sama ada digunakan bagi tugasan penting seperti mesyuarat mingguan, atau menonton siri kegemaran selepas waktu kerja, semua ini dapat dilakukan dengan lancar menggunakan OPPO Pad SE. Dengan kapasiti bateri yang besar, anda sudah pastinya tidak perlu mencari pengecas dalam hari yang sibuk. Teknologi 33W Fast Charging disokong turut boleh bantu memendekkan masa pengecasan semula tablet ini.
Paparan bersaiz 11-inch 2K LCD dengan kadar segar semula 90Hz turut boleh menawarkan pengalaman visual yang jelas dan lancar. Skrin terang 500 nits membantu dalam memberikan keselesaan mata dalam apa jua keadaan pencahayaan. Jelas menunjukkan bahawa tablet ini direka untuk kerja multi-tugas yang lebih cekap lantas membolehkan anda bekerja atau menikmati hiburan dengan sebaiknya.
Bagi ibu bapa yang mahukan kawalan terhadap penggunaan tablet anak-anak, Kids Mode disediakan membolehkan pemantauan yang lebih baik. Anak-anak anda boleh mengakses aplikasi YouTube Kids tanpa kata laluan tetapi ibu bapa boleh menetapkan masa penggunaannya, dan memilih kandungan yang sesuai untuk ditonton. Selain itu, ciri perlindungan mata tadi turut boleh menjadi mata mereka semasa penggunaan jangka masa panjang.
Untuk meningkatkan produktiviti kerja secara lebih berkesan, OPPO Pad SE turut dilengkapi dengan Google Gemini, yang boleh bertindak sebagai pembantu harian terbaik bagi membantu penyelesaian tugas dengan baik, terutama dalam mengurus pelbagai kerja pada hari yang sibuk. Sokongan O+ Connect pula boleh memudahkan proses pemindahan fail diantara peranti OPPO dan iPhone lantas menjadikan tugasan kerja lebih lancar.
Dengan teknologi App Relay, kerja yang dimulakan dalam tablet boleh diteruskan di telefon pintar dengan mudah serta tanpa gangguan. Fungsi Multi-Screen Connect dan Multi-Window Display pula membolehkan anda menyambung skrin telefon ke tablet, membuka aplikasi serentak atau melihat kandungan dari pelbagai peranti dalam satu paparan dengan mudah.
Harga rasmi OPPO Pad SE ialah RM699 (4/128GB) dengan pilihan warna Starlight Silver dan Twilight Blue, tetapi dengan rebat segera bernilai RM100, and boleh memilikinya pada harga RM599 sahaja dari 15 – 24 Mei 2025! Untuk golongan profesional muda yang baru memasuki dunia pekerjaan, tablet ini adalah pelaburan yang berbaloi bagi tujuan produktiviti dan hiburan dalam satu peranti.
Pratempah sekarang untuk nikmati tawaran eksklusif berupa kerangka OPPO Pad SE percuma (bernilai RM99) pada hanya RM1 dengan setiap pembelian tablet ini. Maklumat lanjut boleh layari didapati melalui laman rasmi OPPO Pad SE.
Penafian : Advertorial daripada OPPO Malaysia