Google Dilaporkan Akan Hadir Dengan Alternatif Pinterest Pada Google I/O
Aman
Google kini diperkatakan sedang membangunkan sebuah ciri seumpama Pinterest, dan dijangka memperkenalkan ia seawal acara Google I/O yang dijadualkan pada minggu hadapan. Melalui ciri ini kelak, Google akan memfokuskan kepada hasil carian imej, dan seterusnya membolehkan pengguna menyimpan hasil carian pada folder pilihan mereka.

Sebagai contoh, pengguna boleh melakukan carian berkenaan dekorasi rumah, dan seterusnya menyimpan ia untuk rujukan masa akan datang. Pengguna juga dijangka akan boleh berkongsi hasil yang disimpan mereka tersebut bersama rakan yang lain.
Ini juga akan memastikan Google boleh terus menjana pendapatan melalui pengiklanan, dan pada masa yang sama membuatkan pengguna yang sedia menggunakan enjin carian Google kekal bersama mereka dan lebih aktif menggunakan perkhidmatan berkenaan.
Google menjadualkan acara Google I/O pada 20 Mei 2025 kelak. Sama-sama kita nantikan acara berkenaan untuk mengikuti lanjut penawaran baharu Google.