Perkhidmatan Penstriman Max Akan Dijenamakan Semula Sebagai HBO Max
Aman
Warner Bros. Discovery hari ini secara rasminya mengumumkan usaha untuk penjenamaan semula perkhidmatan penstriman Max mereka. Nama baharu untuk perkhidmatan berkenaan kelak adalah HBO Max.

Untuk makluman, pada asalnya perkhidmatan ini dikenali dengan nama HBO Max dibeberapa buah negara (di Malaysia perkhidmatan penstriman ini dikenali dengan nama HBO Go pada asalnya). Ia kemudian dijenamakan kepada Max, dan kini ia akan dikenali dengan nama HBO Max.
Dengan penjenamaan HBO Max, ia dikatakan akan menekankan kepada penawaran kandungan berkualiti melalui perkhidmatan penstriman berkenaan. Ini juga akan membolehkan mereka terus memperkembangkan perkhidmatan dan menambah angka pelanggan berbayar mereka.
Perubahan jenama ini dijangka akan berlaku dalam masa beberapa bulan lagi. Harga langganan dan penawaran kandungan dijangka lebih kurang sama selepas penjenamaan semula. Pada hari ini, Max boleh dilanggan pada harga RM34.90 sebulan untuk versi Standard, dan RM52.90 sebulan untuk Ultimate.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.