Plumbum Berjaya Ditukar Menjadi Emas Menggunakan LHC
Effi Saharudin
Sejak ribuan tahun lalu, ahli alkimia ingin mengubah plumbum untuk menjadi emas. Sir Isaac Newton misalnya percaya dengan kewujudan Philosopher’s Stone yang dipercayai boleh melakukannya tetapi beliau gagal dan ia kini lebih terkenal sebagai plot buku pertama Harry Potter. Tetapi ahli fizik moden di CERN akhirnya berjaya mengubah plumbum menjadi emas menggunakan Pelanggar Hadron Besar (LHC).

Nukleas plumbum dipecut ke 99.999993% kelajuan cahaya di dalam LHC. Ini mengakibatkan medan elektromagnet nuklear melengkung. Apabila dua nuklear plumbum ini hampir berlanggar antara satu sama lain, proton akan tertanggal. Nukleus plumbum mempunyai 82 proton dan di dalam LHC tiga daripadanya tertanggal menyebabkannya berubah menjadi nukleus emas (79 proton).
Sungguhpun begitu ini tidak kekal kerana nukleus emas ini kemudiannya musnah sejurus selepas dihasilkan. Jika nukleus emas ini berjaya dikekalkan sekalipun, jumlah emas yang hanya seberat 58 picograms (2.9 ×10-11 g) yang adalah beberapa trilion kali lebih kecil daripada yang diperlukan untuk menghasilkan barangan kemas.
Selain menghasilkan emas, kajian ini juga berjaya mengubah plumbum menjadi thallium apabila satu proton tertanggal dan merkuri apabila dua proton tertanggal daripada nukleus. Kertas kajian eksperimen ini telah diterbitkan dalam jurnal Physical Review Journals.