Aplikasi Time Fibre Menghentikan Sokongan Peranti iOS 12
May 16, 2025
Telekomunikasi
Effi Saharudin
Aplikasi Time Fibre tidak lagi boleh digunakan peranti yang masih menggunakan iOS 12. Aplikasi akan dikemaskini pada 23 Mei dan ini sekaligus menamatkan sokongan sistem operasi yang diperkenalkan pada 2018 untuk iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR.

Notifikasi di atas dipaparkan pada skrin pertama aplikasi Time Fibre. Pelanggan Time Fiber disarankan mengemaskini sistem operasi ke sekurang-kurangnya iOS 13 jika ingin terus menggunakan aplikasi. Aplikasi adalah perlu untuk menguruskan pembayaran, melihat status sambungan internet, menyelia aplikasi yang boleh menggunakan rangkaian WiFi dan melakukan pembelian pelbagai aksesori.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.