Samsung Melancarkan Empat Soundbar Mercu Pada Harga Bermula RM 2699
Effi Saharudin
Selain melancarkan dua model TV Neo QLED 8K dengan Vision AI hari ini, Samsung turut melancarkan empat model soundbar mercu yang boleh dipadakan dengannya. Empat model yang dilancarkan ialah Samsung HW-Q990F, HW-Q930F, HW-Q800F, dan HW-QS700F.

Samsung HW-Q990F ialah model paling mercu dalam siri ini dengan ia menyokong 11.2.4 saluran dengan sistem audio Wireless Dolby Atmos serta Q-Symphony. Dua speaker satelit di bahagian belakang mempunyai pemandu audio yang menembak ke atas bagi memberikan pengalaman Atmos yang lebih menyeluruh. Ciri lain ialah sokongan menala audio menggunakan SpaceFit Sound Pro dan Adaptive Sound.

Samsung HW-Q930F ia menyokong 9.1.4 saluran dengan sistem audio Wireless Dolby Atmos serta Q-Symphony. Ia hanyalah Q0990F tanpa dua speaker satelit di bahagian belakang. Samsung HW-Q800F pula menyokong 5.2.2 saluran sementara akhir sekali HW-QS700F pula menyokong 3.1.2 saluran. Spesifikasi lain adalah sama dengan dua model di atas.

Perubahan paling besar siri soundbar tahun ini ialah saiz kotak subwoofer yang 50% lebih kecil. Menurut Samsung saiz lebih kecil ini ialah selari dengan keperluan pengguna yang tidak mempunyai ruang besar di rumah. Walaupun saiz lebih kecil, prestasi bass masih lagi setara dengan model terdahulu menurut Samsung.
Harga jualan adalah seperti di bawah. Pratempahan telah dibuka dengan ia hanya akan dijual bermula 2 Jun 2025.
- Samsung Q-series Soundbar HW-Q990F – RM 5899
- Samsung Q-series Soundbar HW-Q930F – RM 4499
- Samsung Q-series Soundbar HW-Q800F – RM 3599
- Samsung Q-series Soundbar HW-QS700F – RM 2699