Realme Umum Kerjasama Eksklusif Dengan Aston Martin Formula 1 Untuk GT 7 Dream Edition
Amy Maizuraa
Realme telah mengumumkan kerjasama strategik dengan pasukan Aston Martin Formula 1, serta bakal memperkenalkan realme GT 7 Dream Edition sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini. Edisi khas ini hadir dengan kemasan eksklusif hasil gabungan kedua-dua pihak. Di samping, ia turut menampilkan reka bentuk premium dengan warna hijau ikonik Aston Martin serta logo rasmi pasukan Formula 1 mereka.

Selain kemasan mewah, peranti ini dijangka menawarkan spesifikasi yang setanding dengan realme GT 7, termasuk cip MediaTek Dimensity 9400e, bateri 7,000mAh, dan pengecasan pantas 120W. Pelancaran global realme GT 7 Dream Edition dijadualkan berlangsung pada 27 Mei 2025 serentak dengan model GT7.
Kerjasama ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Realme dalam segmen telefon pintar. Malahan, mereka turut memperkenalkan elemen premium kepada pengguna yang mahukan sesuatu yang lebih eksklusif.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.