Lebih 1.5 Bilion Pengguna Kini Melihat Google AI Overviews Melalui Carian
Aman
Google pada hari ini berkongsi sejumlah perkembangan melibatkan penawaran kecerdasan buatan mereka, Gemini, dan juga integrasi kecerdasan buatan rentas produk mereka. Salah satu yang menjadi fokus adalah berkenaan integrasi paparan hasil carian yang dikuasakan kecerdasan buatan, dinamakan AI Overviews.

Integrasi ini sedia dilaksanakan Google pada halaman hasil carian, dimana rumusan diperlihatkan pada bahagian atas dikuasakan oleh kecerdasan buatan, selain senarai hasil carian seperti biasa dibawah.
Google mengatakan kini lebih 1.5 bilion pengguna mengakses AI Overviews melalui halaman hasil carian mereka, memposisikan Google sebagai peneraju dalam arena carian dikuasakan kecerdasan buatan ini.

Selari dengannya juga, Google mengumumkan pengenalan sokongan carian baharu dikuasakan AI pada enjin carian Google, dinamakan AI Mode.