Google Stitch Diperkenal Untuk Memudahkan Anda Menjana Antaramuka Bagi Web Dan Aplikasi
May 21, 2025
Google
Aman
Dengan fokus terhadap kecerdasan buatan, Google turut memperkenalkan sejumlah ciri-ciri khusus yang membolehkan para pengguna menguji keupayaannya. Salah satu yang diperkenalkan adalah Stitch.

Stitch diperkenalkan dibawah Google Labs, membolehkan pengguna memasukkan teks untuk menjana antaramuka bagi aplikasi mudah-alih ataupun untuk paparan desktop. Antaramuka yang dijana juga turut boleh diubah ke dalam bentuk kod atau dieksport ke Figma dengan mudah dari Stitch.
Bagi anda yang berminat, boleh mencuba ciri Stitch ini hari ini melalui Google Labs.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.