Google Perkenal Pelan Langganan AI Pro Pada RM97.99 Sebulan, AI Ultra Pada RM1229.90 Sebulan
Effi Saharudin
Dengan pelbagai ciri dan perkhidmatan baharu yang diumumkan di Google I/O pagi ini, Google mengumumkan dua pelan langganan baharu Google Al Pro dan Google Al Ultra. Google AI Pro ialah pelan AI Advanced yang ditawarkan sebelum ini yang memberikan akses Gemini Pro, Whisk, NotebookLM Pro, langganan Premium dan storan awanan 2TB.

Google Al Ultra pula ialah langganan paling VIP menurut Google yang memberikan akses kepada Flow Gemini Pro, Whisk, NotebookLM Pro, langganan Premium, storan awanan 5TB, Project Mariner dan akses kepada agen Gemini baharu yang diumumkan pagi tadi. Langganan Al Ultra hanya dibuka kepada pelanggan di Amerika Syarikat sahaja pada harga RM1229.90 sebulan ketika artikel ditulis.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.