Baru semalam aplikasi NotebookLM dilancarkan untuk Android dan iOS tetapi hari ini sebuah lagi ciri baharu diperkenalkan ketika Google I/O. Panjang Audio Overviews yang menghasilkan podsiar secara automatik berdasarkan dokumen yang diberikan kini boleh dikawal oleh pengguna. Ini kemudiannya boleh digunakan untuk melakukan kajian atau mengulang kaji tanpa perlu membaca teks yang panjang.
Tiga pilihan diberikan ialah sekitar 5, 10, dan 20 minit. Secara lalai audio sepanjang sekitar 10 minit akan dihasilkan oleh Audio Overviews. Di peringkat awal ciri akan hanya menyokong Bahasa Inggeris sebelum dikembangkan ke beberapa bahasa lain. Ciri menghasilkan podsiar Bahasa Melayu baru sahaja diberikan April lalu selepas 7 bulan Audio Overviews dilancarkan.