Infinix GT30 Pro telah dilancarkan sebentar tadi dengan harga permulaan RM1,299. Satu persoalan yang sering ditanyakan oleh pengguna ialah berapa jumlah kemas kini yang akan disediakan oleh jenama ini. Menjawab persoalan tersebut, Infinix telah mendedahkan bahawa GT30 Pro akan menerima kemas kini sistem operasi selama dua tahun dan kemas kini keselamatan selama tiga tahun secara keseluruhan.

Infinix GT30 Pro hadir dengan peningkatan menarik berbanding generasi sebelumnya. Ia memiliki skrin AMOLED 6.78-inci 144Hz, cip Mediatek Dimensity 8350 dengan sokongan 5G, storan sehingga 512GB, dan bateri 5500mAh dengan pengecasan pantas 45W serta nirwayar 30W. Peranti juga dilengkapi dengan butang GT Shutter untuk kemudahan penggunaan, termasuk ketika bermain permua.