AEON Bank Kini Menawarkan Pengeluaran Duit Tanpa Caj Di ATM MEPS
Aman
AEON Bank, bank digital patuh syariah pertama di Malaysia kini hadir dengan promosi kepada pengguna mereka, menawarkan pengeluaran percuma di semua ATM MEPS di Malaysia. Promosi ini ditawarkan oleh AEON Bank kepada pemegang kad debit mereka, sehingga 31 Disember 2025.

Seperti ramai sedia maklum, sebelum ini, caj sebanyak RM1 akan dikenakan untuk pengeluaran wang melalui mesin ATM. Dengan promosi ini, pengguna boleh mengeluarkan wang tanpa menanggung kos pengeluaran berkenaan.
AEON Bank sebelum ini telah dilancarkan pada bulan Mei 2024 yang lepas. Ia tidak diketahui sama ada promosi ini adalah selari dengan ulang-tahun pertama AEON Bank, atau adalah promosi biasa yang dilakukan mereka.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.