Telegram merupakan salah satu aplikasi permesejan popular yang digunakan lebih 1 bilion pengguna setiap bulan. Tidak setakat angka pengguna yang besar, platform tersebut juga mesra pembangun, membolehkan ramai membangunkan aplikasi dan permainan untuknya.
Tidak setakat itu, kini Telegram menyasarkan untuk menjadi salah satu platfform terbuka untuk kecerdasan buatan berbentuk perbualan. Seperti ramai sedia maklum, pada hari ini pelbagai perkhidmatan dan penawaran kecerdasan buatan beroperasi dalam bentuk antaramuka seperti perbualan. Mengambil kelebihan berkenaan, Telegram kini dilihat menyasarkan untuk menarik ramai penyedia menawarkan perkhidmatan melalui platform mereka.
Microsoft sedia menawarkan CoPilot melalui Telegram, sekaligus memudahkan pengguna bertanyakan pelbagai perkara kepada CoPilot. Tidak setakat itu, xAI turut menawarkan Grok melalui Telegram – menjadikan Telegram merupakan penawaran pertama mereka di luar platform tersendiri. Ia turut dikatakan Telegram ingin bekerjasama dengan xAI dalam mempromosikan ia dalam platform dan menjana pendapatan melaluinya.
Buat masa ini, ia tidak diketahui siapakah lagi akan menawarkan penawaran mereka melalui Telegram, sekaligus mencapai lebih ramai pengguna menggunakannya.