Ini Live Updates Di Android 16 – Ciri Seakan Live Activities Di iPhone
Effi Saharudin
Google mengumumkan ciri Live Updates semasa melancarkan Android 16 Beta pada Januari yang lalu. Sejak itu ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah rupa ciri yang mengambil inspirasi daripada Live Activities yang disokong iPhone sejak dua tahun lalu. Persoalan kini terjawab selepas antaramuka Live Updates diperlihatkan di Google I/O minggu ini.

Ia diperlihatkan ketika ucap tama Developer Keynote dengan hanya tiga slaid ditunjukkan dengan Live Updates untuk aplikasi Waymo, Uber Eats dan Google Maps. Terdapat perbezaan lokasi Live Updates pada peranti Pixel dan Galaxy S25. Pada Galaxy S25 ia dimasukkan ke dalam Now Bar di bahagian bawah skrin.
Setakat ini pada peranti Android hanya peranti Oppo mempunyai ciri ini menerusi kerjasama eksklusif bersama Grab di Malaysia. Ia adalah antara ciri berguna di iOS dan sudah lama saya inginkan pada peranti Android.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.