Lembaga Tabung Haji (TH) meminta jemaah haji untuk tidak menggunakan aplikasi chat kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT ataupun Google sebagai panduan melakukan amalan haji dan umrah. Menurut Pembimbing Ibadat di Tanah Suci (PIHTAS) Salmah Sheikh Hassan, ChatGPT misalnya boleh menimbulkan keraguan dan kesahihan jawapan, sekali gus boleh merosakkan ibadat yang sedang dilakukan.

Sebaliknya jemaah dinasihatkan menggunakan ciri e-taib dalam aplikasi THhujjaj untuk bertanya sebarang soalan berkaitan umrah dan haji dengan ia mempunyai cir chat secara langsung dengan insan yang lebih ahli.
Aplikasi mampu memberikan respons kepada sebarang pertanyaan sepantas seminit. Ia beroperasi 18 jam sehari dan dikendalikan oleh empat petugas dan tiga pakar rujuk. Tempoh operasi akan dipanjangkan kepada 24 jam ketika musim haji ini. Bagi jemaah haji dan umrah yang ingin menggunakan aplikasi ini, sila ke pautan di bawah.
- Muat turun aplikasi THhujjaj di Google Play Store
- Muat turun aplikasi THhujjaj di Apple App Store