Apple Dijangka Perkenal Aplikasi Khusus Sebagai Hab Permainan Video
Aman
Apple sedia menjadualkan acara WWDC 2025 pada bulan Jun ini, dan padanya, Apple bakal mengumumkan sejumlah penawaran baharu yang akan hadir melalui sistem operasi iOS, iPadOS dan juga macOS. Terbaru, mengikut laporan Bloomberg, Apple dikatakan bakal memperkenalkan sebuah aplikasi khusus dengan fokus terhadap permainan video pada iPhone, iPad, Mac dan juga Apple TV.

Aplikasi berkenaan dijangka menjadi hab untuk permainan, memudahkan pengguna mengakses pelbagai permainan video di satu pusat sehenti, melihat pencapaian dan juga tangga kejuaraan berbanding pengguna lain.
Apple mungkin menggantikan Game Center melalui aplikasi baharu ini. Pengenalan ini juga mungkin selari dengan langkah Apple yang turut menawarkan langganan Apple Arcade dengan fokus terhadap permainan video.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan bulan Jun 2025 ini untuk melihat sendiri pengumumannya melalui WWDC 2025 kelak.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.