Nothing Berkongsi Imej Promosi Baharu Untuk Phone (3)
May 29, 2025
Nothing
Amy Maizuraa
Nothing telah mengesahkan bahawa Phone (3) akan dilancarkan pada Julai 2025. Imej promosi baharu yang dikongsi memberikan gambaran lebih jelas tentang peranti itu. Nothing Phone (3) menampilkan reka bentuk bertekstur, termasuk bahagian dengan butang khusus.

Bahagian belakangnya mungkin hadir dengan reka bentuk dwi tekstur yang menggambarkan strategi baharu Nothing dalam memperbaharui rekaan peranti mereka. Selain itu, terdapat spekulasi bahawa butang bertekstur itu mungkin diinspirasikan oleh Braille bertujuan menjadikan peranti mereka lebih mesra pengguna untuk semua golongan.
Lebih banyak kemaskini dijangka akan dikongsikan dalam masa terdekat
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.