X Memperkenalkan X Originals – Siri Kandungan Video Khusus Pada Platform X
Aman
X kini memperkenalkan sebuah akaun khusus dinamakan X Originals, dan akan memfokuskan kepada perkongsian pelbagai kandungan asli yang dibangunkan dan diterbitkan khusus untuk platform X. Langkah ini juga dilihat selari dengan fokus X yang ingin memperbanyakkan lagi kandungan video pada platform tersebut, sekaligus membuatkan pengguna meluangkan masa lebih lama menggunakan X.
Menurut X, mereka telah menerbitkan lebih 17 rancangan, yang mempunyai lebih 300 episod dibawah X Originals ini. X mengatakan posisi mereka agak menarik dalam arena ini, dimana anda boleh menonton pelbagai kandungan asli, dan turut berbincang berkenaan dengannya dibawah kandungan tersebut.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah perancangan X dalam menarik lebih banyak kandungan rantau Asia ke platform berkenaan secara eksklusif – berbanding platform penstriman lain.