Adidas Mengesahkan Butiran Pelanggan Digodam
Nazrin
Pengkalan data sebuah syarikat perkhidmatan pelanggan telah digodam baru-baru ini, dan salah satu pengguna syarikat tersebut, iaitu jenama sukan popular Adidas telah mengesahkan bahawa butiran peribadi sejumlah pelanggan mereka telah dicuri dalam insiden tersebut.
Adidas telah mengesahkan bahawa butiran emel sejumlah pelanggan mereka telah dicuri daripada pengkalan data syarikat perkhidmatan pelanggan tersebut. Mereka turut mengesahkan bahawa butiran pembayaran pelanggan tidak terkesan akibat godaman ini, termasuklah butiran-butiran lain yang dipegang oleh pihak perkhidmatan pelanggan.

Adidas juga tidak memberi butiran lanjut seperti syarikat perkhidmatan pelanggan manakah yang digodam ini, mahupun bilakah serangan ini telah berlaku, dan berapa ramai pelanggan yang terkesan.
Baru-baru ini, Adidas juga telah terkesan dengan satu lagi serangan siber yang dilakukan keatas syarikat tersebut di Turki dan Korea Selatan, dimana butiran pelanggan seperti nama, alamat emel, nombor telefon, tarikh lahir dan alamat telah terdedah kepada penggodam.
Adidas mengatakan bahawa mereka akan memaklumkan kepada pelanggan-pelanggan mereka yang terkesan dengan serangan siber terbaru ini, dan menasihatkan mereka untuk menukar kata laluan akaun pengguna.
[sumber]Bleeping Computer[/sumber]