X Menghentikan Sokongan Permesejan Sulit – Ciri Penyulitan Baru Sedang Dibangunkan
Nazrin
Akaun pembangunan platform X baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan sokongan untuk ciri penyulitan buat permesejan peribadi buat masa ini.
Mereka mengatakan bahawa pasukan pembangun X sedang membangunkan ciri penyulitan mesej baru yang akan diperkenalkan kelak, tetapi buat masa ini tidak mengatakan bilakah ciri tersebut akan kembali.
Ciri permesejan sulit pada platform X hanya diperkenalkan untuk permesejan diantara dua pengguna X yang melanggan pelan X Premium, dimana mesej diantara kedua-dua pengguna ini tidak boleh diakses oleh sesiapapun selain daripada pengguna-pengguna tersebut, termasuklah para pekerja dan penyelia platform.
Pihak X turut mengatakan bahawa mesej yang sudahpun disulitkan akan kekal sulit, tetapi untuk seketika ini, mesej-mesej baru yang dihantar tidak akan disulitkan sehinggalah pihak X memperkenalkan ciri penyulitan baru kelak.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.