Mark Zuckerberg : Meta AI Kini Digunakan 1 Bilion Pengguna Aktif Setiap Bulan
Aman
Mark Zuckerberg, pengasas Facebook dan juga CEO Meta, kini berkongsi mengatakan Meta AI digunakan 1 bilion pengguna aktif setiap bulan. Meta AI merupakan penyelesaian dan penawaran kecerdasan buatan janaan oleh Meta melalui aplikasi seperti Facebook, Instagram, Messenger dan juga WhatsApp.

Menggunakan Meta AI, pengguna boleh bertanyakan pelbagai persoalan, menjana gambar, dan melakukan pelbagai perkara menggunakannya. Meta sedia menawarkan aplikasi Meta AI secara berasingan, selain turut menyediakan web meta.ai.
Buat masa ini, Meta AI masih belum dilancarkan di Malaysia. Ia tidak diketahui apakah yang membawa kepada kelewatan ini, memandangkan Meta telah mengumumkan penawaran untuk pasaran Malaysia sejak penghujung tahun 2024 lepas. Meta AI juga turut bersaing dengan penyedia perkhidmatan kecerdasan buatan berasaskan chatbot yang lain, termasuk ChatGPT, Google Gemini, dan sebagainya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.