Instagram Kini Menyokong Gambar Dengan Nisbah 3:4
Effi Saharudin
Instagram hari ini mula menyokong paparan gambar dengan nisbah 3:4. Ini diumumkan sendiri oleh Adam Mosseri menerusi Threads. Secara lalai semua gambar yang diambil menggunakan kamera telefon mempunyai nisbah 3:4 apabila diambil secara menegak. Sementara itu Instagram sejak dari awal menyokong nisbah 1:1 kerana mengikut nisbah filem Polaroid sebelum kemudiannya menyokong pula nisbah 16:9 dan 4:3.

Sebelum ini apabila gambar menegak dimuat naik, imej asal dipotong untuk dimuatkan ke dalam bingkai dengan nisbah 4:5 ratio. Ini membuatkan komposisi asal gambar yang diambil terjejas. Perubahan ini akan membolehkan gambar 3:4 dimuat naik tanpa perlu disunting terlebih dahulu. Ciri ini sudah boleh digunakan hari ini pada aplikasi Android dan iOS di Malaysia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.