AEON Bank Sambut Ulang Tahun Pertama Dengan Kemudahan Perbankan Digital Menarik
Amy Maizuraa
AEON Bank baru-baru ini meraikan ulang tahun pertamanya setelah setahun meluaskan peranannya sebagai penyedia perbankan digital. Sepanjang tempoh ini, AEON Bank telah mengukuhkan kedudukannya dengan menawarkan aplikasi mudah alih serta Kad Debit-i bagi memudahkan urusan kewangan pelanggan.

Sebagai sebahagian daripada sambutan ini, AEON Bank melancarkan Kad Debit AEON Bank-i Edisi Terhad yang menawarkan pulangan tunai sekurang-kurangnya 4% tanpa syarat perbelanjaan minimum. Pelanggan yang menggunakan kad ini untuk pembelian barangan runcit berpeluang mengumpul mata AEON, yang boleh ditebus sebagai wang tunai dalam akaun simpanan mereka. Namun, tawaran ini hanya tersedia hingga 31 Disember 2025 menjadikannya peluang terhad yang patut dimanfaatkan.

Selain itu, AEON Bank turut menyediakan kemudahan Personal Financing-i (PF-i) dan Term Deposit-i (TD-i) bagi membantu pelanggan mengurus kewangan dengan lebih sistematik. Personal Financing-i (PF-i) menyediakan pembiayaan tanpa cagaran sehingga RM50,000 dengan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 48 bulan. Sementara itu Term Deposit-i (TD-i) menawarkan pulangan keuntungan sehingga 3.08% setahun yang memberikan pilihan simpanan lebih menguntungkan kepada pelanggan.

AEON Bank juga memperkenalkan Savings Pot, yang membolehkan pelanggan menyimpan wang dengan lebih teratur serta memperoleh keuntungan 3.00% setahun. Dengan kebebasan penuh, pelanggan boleh menambah atau mengeluarkan dana mengikut keperluan mereka pada bila-bila masa. AEON Bank mengalu-alukan pelanggan untuk memanfaatkan kemudahan perbankan digital yang mudah ini.