Elon Musk Perkenal XChat Pada X – Sokongan Permesejan Lebih Baik Bersama Kebolehan Menghantar Fail, Panggilan Audio Dan Video
June 3, 2025
Web 2.0
Aman
Elon Musk kini berkongsi mengatakan X kini telah mula memperkenalkan ciri permesejan baharu dinamakan XChat. Melaluinya, ia hadir dengan sokongan penyulitan penuh, selain sejumlah ciri tambahan berbanding fungsi permesejan sebelum ini.
Menggunakan XChat, pengguna boleh menghantar mesej yang menghilang selepas sesuatu tempoh masa, selain turut menggunakannya dalam menghantar sebarang jenis fail untuk dikongsikan bersama yang lain.
Selain secara teks, XChat juga turut menyokong panggilan video dan audio. Platform X kini sedang dalam proses memperkenalkan ciri baharu ini secara berperingkat kepada semua.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.