NVIDIA Memintas Microsoft Sebagai Syarikat Paling Bernilai Di Dunia
Effi Saharudin
Pagi ini NVIDIA kembali menjadi syarikat dengan nilai pasaran tertinggi di dunia dan berjaya memintas Microsoft. Ketika artikel ditulis, NVIDIA bernilai $3.444 trilion (~RM 14.62 trilion) berbanding Microsoft yang bernilai $3.441 trilion (~RM 14.61 trilion). Saham NVIDIA menunjukkan trend terus meningkat pada kadar lebih tinggi berbanding Microsoft.

Kali pertama NVIDIA berada di tangga teratas ialah pada Jun tahun lalu. Apple masih di tangga ketiga diikuti oleh Amazon, Alphabet dan Meta. Dua minggu lalu saham NVIDIA mencanak naik selepas ratusan ribu GPU mereka dibeli oleh Arab Saudi dan Qatar yang ingin membina pusat data kecerdasan buatan (AI) mereka sendiri. Ini dibantu oleh pentadbiran Trump yang menamatkan kuota pembelian GPU yang boleh dimiliki negara tertentu.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.