WhatsApp Menamatkan Sokongan Untuk Tiga Model iPhone Ini
Effi Saharudin
Membeli telefon pintar model lama semakin popular kerana pengguna menyedari mereka tidak semestinya memerlukan model paling baharu dan tercanggih. Antara fenomena yang kami sedari sejak lima tahun kebelakangan ini ialah membeli iPhone model lama yang telah dibaikpulih. Tetapi jika anda pengguna WhatsApp yang tegar, elakkan membeli iPhone 5s, iPhone 6 dan iPhone 6 Plus kerana ia tidak lagi disokong.

Tahun lalu WhatsApp mengumumkan sokongan sistem operasi iOS 15.1 dan ke bawah akan dihentikan bermula Mei 2025 kerana peranti-peranti sudah berusia lebih 10 tahun. Tetapi ia telah dilanjutkan ke penghujung Mei. Sejak empat hari lalu WhatsApp tidak lagi boleh digunakan pada ketiga-tiga model iPhone di atas. Maka jika ada menerima tawaran menarik untuk membeli tiga iPhone ini pada harga runtuh, kami nasihatkan supaya anda mengelakkannya.
Ia menjadi kebiasaan untuk pembangun aplikasi tidak menyokong versi lama peranti disebabkan akses kepada sejumlah API, selain menggunakan infrastruktur moden yang ditawarkan versi sistem operasi lebih terkini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.