Nothing Phone (3) Akan Dilancarkan Pada 1 Julai 2025
Amy Maizuraa
Nothing mengesahkan bahawa Phone 3 akan dilancarkan pada 1 Julai 2025. Pengumuman ini dibuat menerusi ciapan terbaru di X semalam, yang disertakan dengan video promosi pendek bersama kapsyen Come to Play. Video berdurasi lima saat itu tidak memberikan sebarang maklumat terperinci mengenai peranti tersebut. Bagaimanapun, Nothing sebelum ini memberi beberapa petunjuk berkenaan ciri-ciri utama peranti berkenaan.

Antaranya ialah kemasan buti serta reka bentuk bertukstur, termasuk bahagian dengan butang khas. Bahagian belakang mungkin hadir dengan reka bentuk dwi-tekstur yang menunjukkan pendekatan baharu Nothing dalam memperbaharui kemasan peranti mereka. Selain itu, terdapat speskulasi bahawa butang bertekstur tersebut mungkin diinspirasikan oleh sistem Braille bertujuan untuk peranti lebih mesra pengguna untuk semua golongan.

Nothing Phone 3 juga dikhabarkan tidak lagi menggunakan sistem lampu Glypyh. Sebaliknya terdapat kemungkinan ia akan digantikan dengan sistem lampu matriks, seperti yang pernah digunakan oleh ASUS pada peranti ROG mereka.
Dari segi harga, maklumat tertiris mencadangkan bahawa model dengan 12GB/256GB akan bermula harga $799 (~RM3,393), manakala versi 16GB/512GB akan berharga $899 (~RM3,818). Namun, aspek utama yang menarik perhatian adalah pemproses yang digunakan, sama ada Snapdragon 8 Gen 3, Snapdragon 8 Elite, atau Snapdragon 8s Gen 4.