Penguatkuasaan Penuh Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) Bermula 1 Julai 2025
Amy Maizuraa
Mulai 1 Julai 2025, Kerajaan Malaysia akan melaksanakan penguatkuasaan penuh Permit Kemasukan Kenderaan Asing atau Vehicle Entry Permit (VEP) di pintu sempadan darat Malaysia-Singapura. Pemilik Kenderaan asing diwajibkan untuk mendaftar dan mengaktifkan VEP sebelum memasuki Malaysia.


Jika gagal berbuat demikian, mereka akan dikenakan notis daman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan perlu membayar denda sebanyak RM300 sebelum meninggalkan negara. Bayaran saman hanya boleh dilakukan secara tanpa tunai di Pejabat JPJ, Kaunter Bergerak JPJ Mobile atau melalui platform dalam talian seperti myEG.
Langkah ini bertujuan untuk memastikan semua kenderaan asing yang memasuki Malaysia memiliki permit sah selaras dengan Seksyen 66H (7), Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333). Selain itu, penguatkuasaan ini akan memastikan pematuhan terhadap peraturan jalan raya serta meningkatkan keselamatan dan kelancaran trafik di pintu sempadan negara.