Nintendo Switch 2 Mula Dijual – Malaysia Perlu Menunggu Sehingga September
Effi Saharudin
Nintendo hari ini akhirnya telah melancarkan konsol Nintendo Switch 2 di Amerika Syarikat, China, Jepun, Kanada, Korea Selatan dan UK semalam. Konsol mudah alih ini amatlah dinantikan selepas lebih lapan tahun Switch asal dilancarkan.

Nintendo Switch 2 hadir dengan skrin 7.9″ LCD dengan resolusi 1080p 120Hz, dijana cip khas NVIDIA yang menyokong DLSS dan Ray Tracing, storan 256GB, dan terdapat dermaga yang boleh meningkatkan paparan ke resolusi 4K apabila disambung kepada TV. Penambahbaikan lain ialah Joy Con yang disambung menggunakan magnet serta boleh digunakan seperti sebuah tetikus.
Di Asia Tenggara, Switch 2 akan mula dijual di Singapura, Thailand dan Filipina sahaja pada 26 Jun depan. Peminat di Malaysia harus bersabar dengan Nintendo menyasarkan jualan akan dilakukan antara Julai hingga September ini dengan konsol sudahpun diuji oleh SIRIM bagi melepasi beberapa piawaian keselamatan tempatan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.