Instagram Kini Menguji Ciri Teleprompter Dalam Aplikasi Edits
Amy Maizuraa
Instagram kini sedang menguji ciri teleprompter dalam aplikasi Edits bagi menjadikannya lebih mesra untuk pencipta kandungan. Menjadi pencipta kandungan bukanlah tugas yang mudah, terutama apabila perlu menghafal skrip namun dengan bantuan teleprompter proses ini boleh menjadi lebih lancar.

Ciri teleprompter ini masih dalam fasa pengujian tetapi tangkap layar yang tular memberikan sedikit gambaran mengenainya. Ia akan menampilkan paparan teks yang muncul pada skrin bagi memaparkan skrip. Selain itu, pengguna boleh melaraskan kelajuan perkataan serta saiz teks yang dipaparkan, dan jenis fon juga dijangka boleh diubah bagi memastikan keselesaan pengguna.
Dengan ciri ini, pengalaman bercakap akan kelihatan lebih semula jadi, terutama apabila teleprompter diletakkan pada sudut yang sejajar dengan mata pengguna ketika memandang kamera hadapan telefon pintar. Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum dapat dipastikan, tetapi dijangka bakal diperkenalkan dalam masa terdekat.
[sumber] Social Media Today [/sumber]