Fon Telinga iQOO Buds 1i Berharga RM129 Di Malaysia
June 6, 2025
IQOO
Amy Maizuraa
IQOO Buds T1i kini ditawarkan di Malaysia dengan harga RM129. Fon telinga nirwayar ini dilengkapi dengan pemacu audio 10mm dengan kesan bunyi stereo DeepX 3.0 yang menyediakan empat profil bunyi berbeza. Ia menawarkan pembatalan bunyi berasaskan AI untuk memastikan suara pengguna jelas ketika bercakap.

Selain itu, ia menyokong Bluetooth 5.4, sambungan dwi-peranti dan Google Fast Pair untuk pengalaman penggunaan yang lebih lancar. Bateri disertakan boleh bertahan sehingga 12 jam dengan sekali cas, dan sehingga 50 jam apabila digunakan bersama pod pengecas. Ia boleh didapati melalui kedai rasmi IQOO di Shopee dan Lazada, serta hanya tersedia dalam warna hitam.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.