Spesis Kelip-Kelip Yang Hilang Lebih 100 Tahun Ditemukan Semula Di Bukit Kiara
Effi Saharudin
Tidak ada yang lebih menyedihkan melihat spesis haiwan pupus disebabkan oleh manusia yang memusnahkan habitat mereka. Maka berita hari ini adalah menggembirakan kerana kelip-kelip bersayap bengkok Gombak (Pteroptyx gombakia) yang kali terakhir dilihat hidup pada tahun 1921 ditemukan semula oleh Tan Wei Jack, seorang pembantu penyelidik dan pelajar sarjana dalam sains alam sekitar di Monash University Malaysia.

Spesis ditemukan di Taman Persekutuan Bukit Kiara pada Oktober tahun lalu. Beliau hanya menyedari spesimen yang dikutip ialah Pteroptyx gombakia selepas melihatnya di bawah mikroskop makmal pada Januari tauhn ini.
Pteroptyx gombakia hanya dikenalpasti sebagai spesis kelip-kelip baharu pada tahun 2015 walaupun spesimen pertama dikutip pada tahun 1921 di Genting Sempah, Gombak. Ini adalah sejarah di sebalik nama saintifik yang digunakan.
Specimen yang dikutip oleh Tan ialah hanya yang ketiga pernah diambil dengan Taman Persekutuan Bukit Kiara ialah habitat untuk sembilan spesis kelip-kelip. Kerana ia sukar ditemukan, adalah dipercayai kelip-kelip ini adalah spesis yang diancam kepupusan.
[sumber] Monash University Malaysia [/sumber]