Maxis, U Mobile, CelcomDigi, TM Dan YTL Mengatakan Mereka Proses Data Secara Awanama Sebelum Berkongsi Kepada SKMM
Aman
Lanjutan daripada kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, kini setiap syarikat telekomunikasi telah mengeluarkan kenyataan berbentuk sokongan, dan menekankan semua data diproses oleh mereka sendiri secara awanama, sebelum berkongsi data yang diperlukan kepada kerajaan.
Ia ditekankan yang mana tiada sebarang data boleh kenal pasti seseorang yang dikongsikan, dan privasi pengguna diutamakan oleh mereka. Namun, tidak dinyatakan kenapakah setiap syarikat telekomunikasi berkenaan tidak memaklumkan kepada pengguna terus berkaitan hal ini sebelum melakukan perkongsian tersebut.
Sebelum ini, SKMM telah mengatakan data berkenaan dikumpulkan selari langkah dilakukan pada peringkat antarabangsa, dalam usaha membantu membangunkan polisi yang disokong data.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.