Microsoft Menguji Rekaan Start Menu Baru Melalui Program Windows Insider
Nazrin
Microsoft hari ini telah memperkenalkan versi terbaru sistem operasi Windows 11 untuk Insider program mereka, iaitu Windows 11 Insider Preview Build 26120.4250 (KB5060820). Untuk mereka yang memuat-turun versi ini, ia akan hadir dengan satu kemaskini yang besar dan cukup menarik.
Ia adalah kemaskini kepada ciri Start Menu, yang kini hadir dengan rekaan serba baru, dan susunan ikon yang lebih kemas, dan kini, menu utama tersebut boleh ditatal, dan akan memberi pengguna pilihan tentang bagaimana mereka mahu menyusun ikon menu tersebut.

Penguji Windows Insider kini boleh memilih untuk menyusun ikon mereka mengikut kategori, ataupun secara abjad. Susunan dalam mod kategori akan dilakukan secara automatik, dimana kategori baru hanya akan diwujudkan apabila terdapat sekurang-kurangnya tiga aplikasi atau perisian dalam kategori yang sama. Jika tidak, ia hanya akan diperlihatkan dalam folder Others.
Susunan abjad pula, seperti biasa akan memperlihatkan susunan ikon perisian dalam urutan abjad, seperti yang dijangka.

Microsoft juga mengatakan bahawa mereka akan memberi pengguna untuk memilih saiz Start Menu berdasarkan saiz paparan skrin pengguna. Penukaran saiz ini akan dilakukan secara automatik, dan lebih besar skrin anda, lebih banyak ikon perisian dapat diperlihatkan pada satu baris.
[sumber]Windows Insider Blog[/sumber]