Mark Zuckerberg Sedang Menghimpunkan Bakat AI Dalam Membentuk Pasukan “Superintelligence”
Aman
Meta sedia melakukan pelaburan tinggi dalam arena AI, terutamanya produk mereka, Meta AI. Namun, kebelakangan ini, mereka mengalami kelewatan dan cabaran dalam memperkenalkan model baru lebih berkuasa, berbanding pesaing yang lain – terutamanya OpenAI dan juga Google.
Dengan fokus terhadap ini, kini Mark Zuckerberg sendiri dilihat memberikan lebih perhatian terhadap perkara ini, dan sedang mengumpulkan serta menghimpunkan bakat-bakat dan kepakaran dalam arena kecerdasan buatan, untuk menyertai pasukan khas Meta. Mark Zuckerberg menghimpunkan pasukan khas ini untuk pembangunan rahsia, dikenali sebagai pasukan “Superintelligence”.
Ia dikatakan salah satu sasaran adalah dalam mencapai fasa AGI mendahului yang lain – iaitu fasa untuk kecerdasan buatan berfungsi setara manusia dalam pelbagai tugasan. Meta pada hari ini sedia mengintegrasikan penawaran mereka dalam aplikasi seperti Instagram, Facebook, WhatsApp, dan turut hadir pada kaca mata pintar mereka. Dengan penawaran model lebih berkuasa, akan membuatkan pengguna turut menggunakan produk dibawah Meta lebih kerap.
Mark Zuckerberg disasarkan mengambil sektar 50 orang untuk pasukan khas ini. Selain pasukan ini, Mark Zuckerberg juga turut dikatakan sedang dalam perbincangan untuk melabur sehingga $10 bilion pada Scale AI, salah satu firma kecerdasan buatan yang membantu syarikat lain melatih model masing-masing.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.