MrBeast kini sekali lagi mencatatkan sejarah tersendiri, apabila menjadi saluran YouTube pertama yang mencapai lebih 400 juta pelanggan. Dengan langkah ini juga, MrBeast terus mengekalkan kedudukan sebagai saluran nombor satu di YouTube.
Angka 400 juta pelanggan ini telah dicapai pada 1 Jun 2025 yang lepas. Menduduki tangga kedua di YouTube adalah T-Series, dengan angka pelanggan sebanyak 296 juta. Ini sekaligus memperlihatkan MrBeast mendahului dengan lebih 100 juta pelanggan.
MrBeast sedia berkongsi kandungan berbentuk cabaran-cabaran, membuatkan saluran berkenaan diminati ramai. Selain di YouTube, MrBeast turut telah menerbitkan rancangan sendiri melalui Prime Video baru-baru ini, yang menawarkan koleksi episod yang dipenuhi cabaran untuk memenangi sejumkah wang.