DJI sedia terkenal dengan penawaran pelbagai variasi dron di pasaran pada hari ini. Kini, selain daripada dron, DJI turut dilihat akan memperluaskan penawaran mereka meliputi robot-robot untuk kegunaan rumah. Memulakan penawaran berkenaan adalah DJI ROMO, iaitu sebuah robot vakum dan pengelap untuk rumah.
Penawaran ini sekaligus akan menyaingi pelbagai penawaran lebih kurang sama di pasaran pada hari ini.
DJI dijangka memperkenalkan ia seawal bulan ini, dan bakal menyaingi jenama lain, termasuk jenama popular Roborock dalam kategori sama. Ia masih menjadi tanda tanya sama ada produk ini akan khusus untuk pasaran China, atau turut diperluaskan untuk pasaran global lain.
Buat masa ini, DJI masih belum mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan produk baharu mereka ini, dan apakah perancangan mereka dalam terus memperluaskan penawaran produk lain dibawah jenama DJI.