Sonos Ace Akhirnya Dikemaskini Dengan Sokongan Teknologi Audio TrueCinema
Nazrin
Sonos Ace ialah fon kepala pertama daripada Sonos yang dilancarkan pada tahun lepas, dan sepatutnya hadir dengan sokongan untuk sejumlah teknologi yang sebelum ini hanya diperlihatkan pada perkakasan pembesar audio mereka.
Terkini, ia telah dilaporkan bahawa Sonos telah mengemaskini fon kepala Sonos Ace dengan ciri yang ditunggu-tunggu sejak ia dilancarkan, iaitu Sonos TrueCinema. Secara ringkas, ia adalah teknologi sama yang digunakan pada pembesar suara Sonos untuk mengukur saiz dan keluasan bilik untuk prestasi audio yang optima.

Dengan Sonos Ace, ciri TrueCinema melakukan perkara yang sama, dimana ia akan mengukur saiz bilik untuk memberi lontaran audio yang lebih tepat, bergantung kepada dimana anda duduk.
Jika anda juga memiliki pembesar suara Sonos, mereka juga telah mengemaskini ciri TV Audio Swap, dimana ia kini menyokong lontaran audio kepada dua pasang fon kepala Sonos Ace sekaligus. Selain daripada itu, ciri pembatalan bunyi hingar juga telah diperbaiki, dimana fungsi tersebut akan disuaikan mengikut kedudukan fon kepala tersebut diatas kepala anda. Kualiti panggilan juga akan diperbaiki melalui ciri SideTone, yang akan menjadi lebih jelas khususnya apabila ciri ANC diaktifkan.
Sonos mengatakan bahawa kemaskini ini sudahpun mula diperkenalkan secara berkala, dan akan tiba untuk semua pemilik Sonos Ace dalam masa terdekat.
[sumber]What HiFi[/sumber]