Realme P3 Ultra Bakal Memasuki Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi
Amy Maizuraa
Realme akan memperkenalkan siri P baharu buat pertama kali di Malaysia. Melaluinya, realme bakal membawa masuk model P3 Ultra 5G yang akan tersedia secara eksklusif dalam talian melalui Shopee, Lazada, dan TikTok Shop pada 16 Jun 2025.

Reka bentuknya diinspirasikan daripada bulan dengan tekstur seakan tanah yang dihasilkan melalui teknik ukiran manakala permukaan berkilauan memberikan kesan unik. Peranti ini hadir dengan panel AMOLED 1.5K Quad-Curve dan bezel setebal 1.6mm. Ia juga dijana oleh cip Dimensity 8350 Ultra bersama bateri 6000mAh dan sistem penyejukan VC 6050mm² untuk prestasi lebih lancar. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sensor utama Sony 50MP OIS serta kebolehan rakaman video 4K60fps.
Perkembangan ini dijangka menarik perhatian pengguna setia yang telah lama menantikan model terkini daripada jenama tersebut. Nantikan pelancaran rasmi untuk maklumat lanjut termasuk harga jualan peranti.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.