Honor X6c Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM599
Amy Maizuraa
Honor X6c dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga RM599 (8/256GB). Peranti ini boleh didapati dalam pilihan warna Ocean Cyan dan Midnight Black melalui semua pengedar sah Honor Malaysia bermula hari ini.


Peranti dilengkapi dengan cip MediaTek Helio G81 Ultra, skrin LCD 6.61-inci HD+ 120Hz, dan kamera utama 50MP serta kamera swafoto 5MP. Ia juga mempunyai Butang AI Instant yang boleh digunakan untuk pelbagai fungsi seperti kalkulator, kalendar, tangkap layar dan lampu suluh. Selain turut boleh digunakan untuk beberapa ciri AI lain termasuk Search Object, Homework Assistant serta Text Translation. Lain-lain spesifikasi termasuk bateri 5300mAh, pengecasan 35W HONOR SuperCharge dan kalis air IP64.