Skrin ePaper Samsung Hanya Perlu Dicas Setiap 200 Hari
Effi Saharudin
Jika kita pergi ke kedai hari ini, sudah menjadi perkara lazim melihat TV digunakan untuk memaparkan menu makanan atau promosi untuk produk tertentu. Tetapi TV menggunakan kuasa yang tinggi dan jika ia dipasang sepanjang hari akan rosak dalam masa beberapa tahun. Oleh itu skrin ePaper ialah alternatif lebih menjimatkan kuasa elektrik dan tahan lebih lama.

Samsung telah melancarkan skrin ePaper terkini mereka di bawah siri EMDX. Seperti teknologi E-ink, ePaper yang memerlukan kuasa elektrik jika imej pada skrin ditukar. Samsung berkata jika gambar pada skrin mereka ditukar sekali sehari, ia boleh beroperasi sehingga 200 hari sebelum bateri perlu dicas.
Skrin dilengkapi bateri sebesar 4600 mAh yang membolehkan ia diletakkan di dalam ruang kedai tanpa perlu dipasang kepada palam kuasa. Teknologi baharu Samsung ini adalah berasaskan teknologi E-Ink Spectra 6 dengan sokongan warna, resolusi 2560 x 1440 pixel dan boleh menyokong paparan video sehingga 165Hz jika diperlukan

Setiap skrin Samsung EM32DX dilengkapi memori sebesar 8GB, menyokong sambung HDMI, USB-C dan juga bluetooth. Setiap unit skrin ePaper ini dijual pada harga $1,350 (~RM 5734) sebuah.