Kini Anda Boleh Membeli Kereta Elektrik Zeekr Menerusi Carro – Turut Menyediakan Khidmat Selenggara & Membaikpulih EV
Ikhwan Nazri
Carro merupakan syarikat jual-beli kenderaan yang memudahkan orang awam menjual kereta dan membeli kereta terpakai. Namun begitu terdapat juga penawaran kereta baharu menerusi Carro dan hari ini Carro dilantik menjadi salah satu pengedar kereta elektrik Zeekr di Malaysia.

Menerusi perjanjian usahasama ini, Carro akan menjual model Zeekr X, Zeekr 009, serta Zeekr 7X dan akan turut menyokong segala proses pemilikan yang berkaitan dari segi pembelian, insurans, penyelenggaran dan lain-lain lagi. Menerusi Genie Financial Services, pengguna juga boleh memilih pelan pembelian ansuran yang diinginkan.
Malah usahama ini juga membolehkan pembeli Zeekr menghantar kereta mereka untuk diselenggara di 3 cawangan Carro Care yang terdapat di Puchong, Johor dan Pulau Pinang. Cawangan Carro Care juga akan dibuka di 3 lokasi baharu tidak lama lagi, membolehkan khidmat sokongan meluas untuk pemilik kereta elektrik Zeekr. Sehingga kini terdapat 3 cawangan ruang pameran Zeekr, dengan 4 lagi yang akan dibuka tidak lama lagi.

Buat masa ini Zeekr menawarkan 2 model mereka iaitu Zeekr X dan Zeekr 009. Tahun ini mereka telahpun membawa masuk Zeekr 7X dan menerusi kerjasama Zeekr dengan Carro ini dilihat dapat menyokong pertumbuhan pasaran, dan juga keyakinan pengguna terhadap pemilikan kenderaan elektrik. Anda juga boleh melakukan pembelian Zeekr 7X menerusi Carro jadi bagi anda yang berminat, anda kini boleh menempah Zeekr menerusi halaman Carro.
[info] Pra-tempah: Zeekr menerusi Carro [/info]